Kemudahan & Fasiliti Kolej_Matrikulasi_Selangor

KMS boleh menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti pelajar.

Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 - 250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat yang mengandungi 7 makmal komputer  dan 3 makmal bahasa desediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .

Bagi memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak, satu padang hoki, 3 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash, 2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.

KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.

Banting, bandar yang terletak di tepi Sg, Langat merupakan bandar terdekat dengan kampus KMS. 7 km jaraknya dari KMS pada kedudukan 2.8” utara dan 101.6” timur adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya seperti Putrajaya. Pembukaan KLIA juga memberi sumbangan hebat ke atas pembangunan Banting,  Rangkaian jalan raya yang baik disambungkan dengan beberapa bandar yang lain di sekitar seperti Morib, Shah Alam  dan Klang.